Warga Emas Maut Kereta Dihanyutkan Arus Banjir Di Rembau

LocalEnvironment
30 Oct 2026 • 8:02 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Warga Emas Maut Kereta Dihanyutkan Arus Banjir Di Rembau

SEREMBAN, 29 Okt (Bernama) -- Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya dihanyutkan arus banjir ketika melalui jalan berhampiran parit bersebelahan Sungai Kampung Kundur Hulu di Rembau, malam ini.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau Mohamad Khairul Yahaya berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada anak mangsa pada 9.20 malam.

Beliau berkata mangsa berusia 74 tahun ditemukan terperangkap di dalam Perodua Myvi yang dipandunya selepas kenderaan itu dihanyutkan arus.

Baca juga:

“Pasukan penyelamat dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Teluk Kemang berjaya mengeluarkan mangsa kira-kira setengah jam kemudian.

“Mangsa yang merupakan pesara kerajaan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum dibawa ke Hospital Rembau untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Bernama di sini.

Mohamad Khairul berkata operasi melibatkan 13 anggota termasuk dua pegawai kanan dari BBP Rembau dan BBP Teluk Kemang tamat pada 10 malam.

Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki warga Indonesia berusia 38 tahun diselamatkan selepas dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir kilat di Jalan Pedas-Linggi, Kampung Kundur Tengah, Pedas.

Beliau berkata mangsa ditemukan tersangkut di celah pokok sebelum pasukan penyelamat membawanya ke tebing menggunakan teknik rantaian manusia (human chain).

Mangsa berjaya dibawa ke tebing pada 8.40 malam sebelum diserahkan kepada KKM untuk tindakan lanjut

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved