Banjir: Lelaki terperangkap di kedai salai popular

LocalEnvironment
29 Oct 2026 • 9:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Banjir: Lelaki terperangkap di kedai salai popular

REMBAU – Seorang lelaki dewasa berjaya diselamatkan anggota bomba selepas terperangkap di sebuah kedai salai popular yang dilanda banjir di Kampung Kundur Hulu, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, banjir turut menjejaskan dua buah rumah dan sebuah kedai makan di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Rembau, Mohd. Zamri Mohd. Esa berkata, selain Kampung Kundur Hulu, setakat ini enam buah rumah di Kampung Paya Besar Pedas turut dinaiki air.

“Dua lagi kampung yang terjejas dalam laporan awal ialah Kampung Nerasau dan Kampung Gadong,” katanya.

Tiga lagi daerah turut terjejas banjir kilat termasuk Linggi dan Air Kuning di Port Dickson; Ulu Kanchong dan Rantau di daerah Seremban dan Kuala Pilah.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Port Dickson, Kapt. (PA) Mohamad Ridzuan Mohamed Buniran pula berkata, empat rumah dinaiki air di Sua Betong akibat banjir kilat susulan hujan berterusan melebihi tiga jam.

“Paras air mencecah 0.5 meter sehingga menyebabkan laluan di persimpangan Jalan Air Kuning dinaiki air dan berbahaya kepada penunggang motosikal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Banjir: Lelaki terperangkap di kedai salai popular appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved