Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 65 tahun maut selepas kereta Proton Gen-2 yang dipandunya terbabas lalu merempuh penghadang jalan sebelum terjunam ke dalam longkang di pembahagi Jalan Sepanggar berhampiran Jabatan Laut, dalam kemalangan kira-kira jam 5.30 petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda, berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaan terbabit terbabas.
“Mangsa dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia pada jam 6.14 petang,” katanya.
Beliau turut mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati, memandu dengan kelajuan selamat dan mematuhi undang-undang lalu lintas bagi mengelakkan kemalangan.
“Kita akan terus memantau serta menguatkuasakan undang-undang trafik secara tegas bagi memastikan keselamatan dan kelancaran aliran trafik,” tambahnya.