TAWAU: Seorang penunggang motosikal terpelanting sehingga patah jari kelingking selepas berlanggar dengan sebuah kereta sedan dalam kemalangan di Batu 8 Jalan Apas di sini, kira-kira 11.30 pagi Sabtu.
Pemberita Daily Express yang turut menggunakan laluan sama menghubungi polis dan talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan ambulans.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata, sebelum kemalangan itu mangsa berumur 35 tahun berada di laluan lurus sebelah kanan jalan dari arah bandar menuju ke Balung Cocos.
“Manakala pemandu lelaki berumur 53 tahun yang memasuki jalan utama untuk melakukan pusingan-U pula dalam perjalanan dari Kg Ranggu menghala ke Hospital Tawau,” katanya dalam kenyataan.
Jasmin berkata polis menerima maklumat awal pada jam 11.45 pagi berhubung kemalangan melibatkan perlanggaran sebuah motosikal Yamaha LC dengan sebuah kereta Nissan Almera.
Menurutnya, kemalangan itu disyaki berlaku apabila pemandu mengubah haluan keluar dari simpang kedai di Batu 8 Jalan Apas dengan menyeberangi jalan utama dari bahu kiri jalan untuk membuat pusingan-U.
“Bagaimanapun, sebelum kereta itu sempat memasuki laluan untuk membuat pusingan-U di situ, kenderaan terbabit terlebih dahulu berlanggar dengan motosikal tersebut,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau mengesahkan penunggang motosikal itu cedera pada jarinya sementara pemandu pula tidak cedera.
Kes disiasat mengikut Peraturan 6 (2) Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (LN 166/59) yang merujuk kesalahan tidak membenarkan kenderaan lain memotong dengan cara melajukan kenderaan atau cara lain yang menghalang.
“Kita menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan senantiasa memberikan keutamaan kepada kenderaan lain yang berada di laluan utama sebelum membuat pusingan-U,” katanya.
Di KOTA BELUD, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh motosikal lain di Jalan Pan Borneo, Batu Gadung, dekat sini, pada 25 Ogos lalu.
Dalam insiden kira-kira 6.30 petang itu, mangsa yang cedera parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Kota Belud.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, seorang lagi penunggang berusia 18 tahun turut cedera dan dihantar ke hospital sama untuk menjalani rawatan lanjut.
“Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang remaja berusia 18 tahun itu melalui jalan lurus sebelum sebuah motosikal lain yang ditunggang remaja berusia 14 tahun tersebut, membuat pusingan-U di bahu kiri jalan.
“Akibat jarak terlalu dekat, motosikal yang bergerak lurus itu merempuh bahagian kanan motosikal yang membuat pusingan-U,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Shahrudin, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Belud untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.