Warga emas maut motosikal hilang kawalan langgar MPV

12 Feb 2024 • 3:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan motosikal milik lelaki warga emas yang maut selepas melanggar sisi sebelah kanan MPV) di Jalan Kampung Kelewek, Batu Gajah, Tanah Merah pada Isnin.

TANAH MERAH - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar sisi sebelah kanan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Kampung Kelewek, Batu Gajah dekat sini pada Isnin.

Kejadian pada jam 7.40 pagi itu telah menyebabkan mangsa berusia 72 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Mohd Razi Rosli berkata, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.

"Mangsa kemudian telah melanggar sisi sebelah kanan MPV lalu menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan raya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian terbabit boleh menghubungi pihak polis di 09-9556222.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved