Warga emas maut selepas terjatuh cerun 8 meter

8 Aug 2026 • 8:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Warga emas maut selepas terjatuh cerun 8 meter

KAJANG – Seorang lelaki warga emas ditemui tidak sedarkan diri seleas dipercayai terjatuh dari kawasam cerun berketinggian lapan meter di kawasan hutan Hill 3, Jalan Bukit Enggang, Bandar Sungai Long, di sini, hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 3 petang itu, mangsa yang berusia 65 tahun ditemui oleh orang awam sebelum disahkan meninggal dunia 15 minit kemudian ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan warga tempatan dipercayai keluar dari rumah dengan niat untuk membunuh diri.

“Berdasarkan laporan yang diterima, mangsa dikatakan telah keluar dari rumah kira-kira pukul 7 pagi kerana tertekan dengan masalah kewangan sebelum ditemui di kawasan cerun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata, mangsa telah diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan sebelum disahkan meninggal dunia pukul 3.15 petang.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk tujuan bedah siasat bagi menentukan punca kematian.

“Setakat ini, siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat SM Zharif Shah Bin Ab Rasid di talian 012 592 5390 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

The post Warga emas maut selepas terjatuh cerun 8 meter appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved