Otai masih berbisa! Warga emas berserban tunggang RXZ raih perhatian

LocalCars
13 Sep 2024 • 7:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Otai masih berbisa

Otai masih berbisa apabila tular satu video di TikTok seorang warga emas berserban menunggang motosikal jenis RXZ 6 Speed bagi menyertai program RXZ Members 6.0 di Litar Permotoran Terengganu di Gong Badak.

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai Shazana Jaafar, dapat dilihat yang warga emas terbabit menunggang motosikal tersebut dengan tenang sambil diiringi anak-anak muda yang ada dibahagian depan dan belakangnya.

@shazana_jafar

Yang Kental Pasti Sampai. Mantapp Otai !! RXZ Member 6.0 Semoga Semua Selamat Pergi & Balik ! #rxz_members_official #rxzmember

♬ Langkah seiringan Cover - Najmi Mhmmd

Otai masih berbisa, tunggang RXZ diiringi anak2 muda

Warga emas yang dikenali sebagai Paksu Tomoi itu dikhabarkan setiap tahun mengikuti acara tersebut di Terengganu dan memang dikenali dalam kalangan peminat motosikal tersebut.

image is not available

Otai masih berbisa dalam perjalanan ke RXZ Members 6.0

Dapat dilihat juga Paksu Tomoi dan penunggang-penunggang motosikal yang lain berhenti sejenak di tepi jalan berkemungkinan untuk berehat sebenar sebelum meneruskan semula perjalannya.

image is not available

Jadikan pakcik ni idola permotoran

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengenali warga emas terbabit dan gembira melihat Paksu Tomoi masih rutin menghadiri acara tahunan tersebut.

Mereka juga mendoakan agar perjalanan pergi dan balik Paksu Tomoi dan para penunggang RXZ yang menghadiri program RXZ Members 6.0 itu diberi keselamatan sepanjang berada di jalan serta di tempat perhimpunan.

image is not available

Jangan beri Paksu Tomoi ride solo tau

image is not available

Semoga dipermudahkan urusan Paksu & geng2 RXZ

image is not available

Memang tiap tahun event Paksu Tomoi sampai

image is not available

Dia baru lepas roadblock

image is not available

Sekadar info, RXZ members 6.0 berlangsung pada 13-14 September 2024 di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus dan dijangka menarik penyertaan 80,000 peserta dari seluruh negara.

Sumber: TikTok shazanajaafar