Warga emas Orang Asli hilang ditemukan meninggal dunia

20 Jul 2023 • 9:00 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUANTAN: Warga emas Orang Asli yang dilaporkan hilang di Kampung Chekai, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Betau, Kuala Lipis, kira-kira 230 kilometer dari sini, ditemukan meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata mayat Bah Mail Pak Gendet, 76, ditemukan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 1.05 tengah hari kira-kira 10 kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

“Mayat mangsa kini telah dibawa ke Hospital Lipis dan pengecaman dilakukan oleh anaknya berdasarkan cincin, parang, serangkai kunci dan pakaiannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi SAR yang memasuki hari ke-10 itu disertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung ditamatkan pada 6 petang.

Sebelum ini, Bah Mail dilaporkan hilang selepas keluar rumah sekitar 8 pagi, 9 Julai lepas. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved