Warga Emas Patah Tulang Rusuk Ditanduk Lembu Korban

8 Jun 2025 • 10:30 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Program ibadah korban di Kampung Bukit Tembakau, Melaka, bertukar kecoh apabila seorang lelaki warga emas cedera ditanduk lembu korban dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, Sabtu.

Mangsa, Md Rabu Ahmad, 60, yang juga peserta program korban anjuran Masjid Al-Faizin, terpaksa menahan kesakitan selepas mengalami patah pada salah satu tulang rusuk.

Anak mangsa, Siti Nur Sakierah Md Rabu, 28, berkata, bapanya yang kini menerima rawatan di Hospital Jasin turut mengalami pendarahan di bahagian paru-paru akibat ditanduk haiwan tersebut.

Menurutnya, setiap tahun bapanya mengambil bahagian dalam gotong-royong korban namun tidak menyangka kemalangan sebegini akan berlaku.

"Setakat ini, keadaan ayah dilaporkan stabil dan doktor memaklumkan terdapat pendarahan dalam paru-paru serta terpaksa memasang tiub bagi mengeluarkan darah.

"Memang ayah sering turun padang membantu menguruskan lembu, namun tak sangka ini pula yang berlaku," katanya.

Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa sedang cuba mendekati lembu kedua yang ingin disembelih sebelum haiwan tersebut bertindak liar dan menyerangnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved