Warga Emas Rebah Dihentak Helmet Oleh Pemuda, Alami Kekejangan Di Bahu Jalan

29 Mar 2025 • 11:53 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Seorang lelaki warga emas rebah selepas dipercayai dihentak dengan helmet oleh seorang individu dalam satu insiden perselisihan faham di jalan Taman Cheng Utama, pada Jumaat.

Menerusi video yang tular di Facebook, akaun Tragedi Semasa telah berkongsi Kejadian itu tular menerusi video berdurasi 16 saat memperlihatkan detik tegang antara suspek dan mangsa.

https://www.facebook.com/reel/686507460702282

Warga emas rebah dihentak penunggang motosikal

Difahamkan, insiden berpunca daripada tindakan warga emas tersebut yang menekan brek ketika memandu menyebabkan kemarahan seorang penunggang motosikal.

image is not available

Warga emas rebah alami kekejangan

Dalam rakaman itu, beberapa individu cuba menenangkan keadaan, namun suasana bertukar pilu apabila kelihatan mangsa terbaring di lokasi kejadian.

Tangisan seorang kanak-kanak yang kedengaran dalam video tersebut turut mengundang sebak dalam kalangan netizen.

image is not available

Cari sampai dapat budak tu!

Tindakan suspek yang bertindak kasar terhadap warga emas mendapat kecaman ramai.

Rata-rata netizen mengecam kekerasan tersebut dan berpendapat perselisihan faham sepatutnya diselesaikan secara baik, bukan dengan keganasan yang boleh membawa tindakan undang-undang.

image is not available

Sebak dengar ada budak meraung

image is not available

Bulan puasa pun ada yang berkelakuan macam tu

image is not available

Pukulan di bahagian belakang kepala boleh sebabkan kematian

image is not available

Semoga ada penjelasan daripada kedua-dua pihak dan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap kekerasan yang berlaku itu.

Sumber: Facebook Tragedi Semasa