Tiada Lesen, Penjual Belon Bergelut Dengan Penguat Kuasa DBKL Di Jalan TAR

29 Mar 2025 • 3:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular di media sosial video yang memaparkan seorang peniaga belon di Jalan TAR, Kuala Lumpur bergelut dengan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) malam tadi.

Kejadian tersebut berlaku kerana peniaga tersebut tidak mempunyai lesen untuk menjaja di kawasan tersebut, lapor Harian Metro.

Hari ini, pihak DBKL tampil menjelaskan tentang kejadian yang melibatkan peniaga belon dengan penguat kuasa mereka.

Difahamkan, rondaan DBKL mendapati terdapat ramai penjaja tidak berlesan yang berniaga di sekitar laluan pejalan kaki di kawasan Jalan TAR sehingga menghalang laluan orang ramai yang mahu membeli barangan raya di lokasi beli belah popular itu.

image is not available

Untuk kes seperti ini, pihak DBKL lazimnya akan menegur penjaja yang tidak berlesen terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan terhadap peniaga-peniaga ini.

Difahamkan, dalam kes video peniaga belon yang tular itu pula, peniaga tersebut dilaporkan bertindak agresif setelah ditegur kali ketiga oleh pihak DBKL manakala peniaga tidak berlesen yang lain pula telah beredar dari kawasan itu selepas teguran dari penguat kuasa DBKL.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana keadaan kemudiannya berjaya dikawal.

image is not available

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.