Warga emas rebah selepas dihentak dengan helmet

29 Mar 2025 • 10:12 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Video tular seorang pemandu MPV rebah dipercayai dikasari dalam insiden perselisihan faham di Taman Cheng Utama di sini.

MELAKA - Seorang lelaki warga emas rebah dipercayai selepas kepalanya dihentak helmet oleh seorang individu dalam insiden perselisihan faham di jalan Taman Cheng Utama di sini.

Kejadian itu dikongsikan menerusi video pendek berdurasi 16 saat yang tular sejak Jumaat.

Difahamkan insiden itu berpunca daripada tindakan warga emas itu yang menekan brek ketika memandu hingga menimbulkan kemarahan suspek yang menunggang motosikal.

Menerusi video itu, beberapa individu lain yang berada di lokasi dilihat cuba menenangkan keadaan.

Dalam pada itu, kejadian itu menimbulkan kerisauan dalam pengguna media akan kondisi warga emas tersebut yang dilihat terbaring di lokasi kejadian.

Ia turut mengundang sebak pengguna media sosial yang mendengar teriakan dan tangisan kanak-kanak dalam video tersebut.

Tindakan individu itu bertindak kasar kepada orang lebih berusia daripadanya juga turut mengundang kecaman netizen yang tidak bersetuju perselisihan faham itu diselesaikan dengan pergaduhan.

Netizen berpandangan sepatutnya isu itu diselesaikan secara baik dan bukan menyerang menggunakan senjata yang boleh menyebabkan tindakan undang-undang dikenakan ke atasnya.

Sementara itu maklumat awal diterima daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tengah memaklumkan, belum ada sebarang laporan polis dibuat oleh mangsa berhubung kejadian setakat ini.

Maklumat lanjut berhubung kejadian akan dikemas kini sebaik laporan berhubung kejadian diterima.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved