Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Kereta

30 May 2024 • 12:14 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kejadian berlaku di Laluan Sri Kuang 3, Desa Lasi di Ipoh Perak malam tadi. – Gambar JBPM Perak.

IPOH – Seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun rentung dalam kebakaran sebuah kereta di Laluan Sri Kuang 3, Desa Lasi, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 11.46 malam sebelum jentera bomba bersama lapan anggota tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga Iswara.

"Terdapat seorang mangsa rentung dalam kenderaan tersebut. Operasi pemadaman tamat pada 2 pagi tadi," katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved