Warga emas rugi RM1.9 juta diperdaya ‘phone scam’ menyamar pegawai polis

LocalPersonal Finance
7 Sep 2026 • 7:41 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Warga emas rugi RM1.9 juta diperdaya ‘phone scam’ menyamar pegawai polis

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 78 tahun kerugian RM1.9 juta selepas diperdaya sindiket penipuan telefon (phone scam) yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada kelmarin.

Katanya, penipuan itu bermula selepas mangsa dihubungi individu yang menya­mar sebagai pegawai polis sebelum diperdaya sehingga menyebabkan sejumlah besar wang miliknya dipindahkan kepada pihak tidak dikenali.

“Siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai menggunakan modus operandi phone scam dengan suspek menya­mar sebagai pihak berkuasa bagi menimbulkan rasa takut dan meyakinkan mangsa bahawa dia terlibat dalam suatu kesalahan atau siasatan.

“Mangsa kemudiannya diminta mengikut arahan sehingga wang miliknya dipindahkan kepada pihak tidak dikenali,” katanya di sini semalam.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara mini­mum satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Mohd. Alwi berkata, polis tidak akan mengarahkan mana-mana individu memin­dahkan wang ke akaun tertentu bagi tujuan siasatan.

Justeru katanya, orang ramai diminta supaya tidak mudah panik atau mempercayai panggilan daripada individu yang mengaku sebagai pegawai polis, pegawai bank atau wakil mana-mana agensi pe­nguatkuasaan.

“Jika terima panggilan mencurigakan, segera tamatkan panggilan, jangan dedahkan maklumat perbankan, nombor TAC atau OTP, kata laluan dan maklumat peribadi serta lakukan pengesahan melalui saluran rasmi agensi berkenaan.

“Bagi warga emas, pesara dan ahli keluarga dinasihatkan sentiasa berwaspada agar tidak membuat sebarang transaksi kewangan berdasarkan arahan melalui telefon tanpa pengesahan terlebih dahulu,” katanya. – UTUSAN

The post Warga emas rugi RM1.9 juta diperdaya ‘phone scam’ menyamar pegawai polis appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved