Warga emas terharu dapat beli corndog guna MySARA, netizen tersentuh

LocalSales & Promo
10 Apr 2025 • 6:04 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Program Sumbangan Asas Rahmah (MySARA) terus memberi harapan kepada golongan kurang berkemampuan, termasuk sepasang suami isteri yang tular di TikTok kerana keterujaan mereka menerima bantuan bernilai RM100 sebulan.

Menerusi rakaman yang dimuat naik anak mereka, Kak Sha, pasangan warga emas itu dilihat tersenyum lebar selepas si suami membeli sebatang corndough dan secawan air. Isterinya yang merakam video itu turut berkongsi kegembiraan mereka sekeluarga.

@kaksha_91

Mak hantar video ni semalam. Depa p claim duit mysara. Seronok dapat barang free mak abah kata. Alhamdulillah. Bahagia macam ni pun satu rezeki. Semoga mak abah siht selalu p/s nanti kak beli corndog banyak2 kat abah ok

♬ 꿈과 책과 힘과 벽 – JANNABI

“Abah hang dia kata cemey (dapat percuma) RM100, lepastu dia beli hat (corndog dan air) ni,” katanya sambil ketawa kecil.

Wanita itu turut mendedahkan bahawa suaminya tidak pernah merasai makanan itu seumur hidupnya. Kini, dengan bantuan MySARA, keinginan kecil itu akhirnya tercapai.

Video tersebut mencuri perhatian ramai netizen yang terharu melihat reaksi ikhlas pasangan itu menikmati nikmat sederhana.

“Puas hati kami bayar cukai bila tengok pakcik makcik gembira macam ni,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah, rakaman itu turut mencetuskan kesedaran ramai mengenai kewujudan program MySARA yang disasarkan kepada mereka dalam kategori miskin tegar menerusi data eKasih.

“Nilai RM100 ni besar untuk sesetengah orang. Tolong kekalkan bantuan SARA ni. Sangat membantu. Siapa yang cadangkan ni memang cerdik,” komen seorang lagi netizen.

MySARA disifatkan sebagai antara inisiatif penting dalam memastikan golongan rentan tidak terpinggir dalam pembangunan negara. Ia bukan sekadar bantuan, tetapi juga satu bentuk keprihatinan yang nyata dari kerajaan buat rakyat yang memerlukan.