Betul Ke Trend Menari Ambil Duit Raya Berasal Dari Bangsa Yahudi? Ini Yang Patut Korang Tahu [Video]

4 Apr 2025 • 11:01 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Media sosial di masa kini sememangnya digunakan oleh setiap lapisan masyarakat daripada pelbagai golongan seperti warga emas, dewasa, termasuklah kanak-kanak.

Malah mereka juga mempunyai akaun sosial peribadi di beberapa platform untuk berhubung dengan rakan-rakan serta berkongsi perkembangan diri.

Tidak kurang juga ada yang sentiasa mengikuti trend-trend yang popular di media sosial sebagai hiburan.

Tarian duit raya yang dilakukan orang ramai didakwa dari Yahudi

Baru-baru ini, tular trend menari untuk mengambil duit raya yang menjadi ikutan orang ramai di media sosial sepanjang Hari Raya bermula pada 31 Mac lalu.

Dalam video yang dikongsikan oleh segelintir pengguna, kelihatan ahli keluarga akan beratur sambil melakukan tarian berkenaan secara seragam mengikut muzik.

Tarian itu turut dilakukan oleh kanak-kanak serta dewasa termasuk kaum wanita dan lelaki hanya sebagai salah satu cara untuk memeriahkan perayaan mereka.

Individu kongsi tarian turut dibuat oleh orang Yahudi, undang pelbagai reaksi

Namun tular di X apabila ada individu mendakwa tarian viral yang dilakukan segelintir pengguna media sosial itu berasal dari tarian Yahudi.

Dalam hantaran tersebut, individu berkenaan berkongsi satu video dari TikTok yang membuat dakwaan sama memandangkan tarian itu turut dilakukan oleh sekumpulan individu dipercayai bangsa Yahudi berdasarkan imej mereka.

Perkara itu secara tidak langsung telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai yang meminta agar individu berkenaan untuk membuat rujukan terlebih dahulu sebelum berkongsi sesuatu perkara atau mengeluarkan sebarang kenyataan.

Di ruangan balas ada yang meminta agar individu berkenaan untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai dakwaan tersebut.

@teaciz

Tarian tradisi kaum yahudi. RENAME = joget duit raya AUTO ramai umat Islam ikut. Surah Al-An’am (6:116) “Dan jika engkau menuruti kebanyakan orang di bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.” HASBUNALLAH WANI’MAL WAKIL NI’MAL MAULA WANIKMAN NASIR#fypシ゚ #fyppppppppppppppppppppppp #fypage #fyp

♬ original sound – 👊🐝 ĦÃ𝐅𝓲𝒹ℤ 🏹🐎 – 👊🐝 ĦÃ𝐅𝓲𝒹ℤ 🏹🐎

Ada yang jelaskan bukan dari orang Yahudi

Tidak kurang juga ada yang mengatakan tarian tersebut bukan berasal dari bangsa berkenaan sebaliknya ia dari negara Amerika Syarikat.

Namun ada juga yang berpendapat orang ramai khususnya umat Islam tidak sepatutnya mengikuti sebarang trend atau sebarang jenis tarian yang tidak diterapkan dalam agama.

Selain itu, ada yang menyifatkan tarian itu turut dilihat kurang sopan apabila dilakukan oleh golongan wanita kerana ia dilihat terkinja-kinja dan tidak mencerminkan imej seorang muslimah.

“Setiap ada trend baru mesti ada sangkut pautnya dengan Yahudi. Itu Velocity (tarian) bukannya dari Yahudi juga?”

image is not available

“Ynag penting tak perlu nak kongsi video menari terkinja-kinja satu dunia boleh tengok. Nak gembira pun dengan cara bermaruah. Lagi-lagi kalau dah status bini orang atau mak orang…”

image is not available

Ia adalah tarian Letkajenkka atau Bunny Hop

Buat anda yang tidak tahu, tarian berkenaan terlebih dahulu tular di Indonesia sebelum merebak ke Malaysia. Ia sebenarnya adalah tarian tradisi masyarakat di Finland, Letkajenkka (Letkiss) atau turut dikenali sebagai Bunny Hop di Amerika Syarikat.

Menerusi semakan kami di laman Library of Dance, tarian Bunny Hop ini telah mula dilakukan oleh pelajar Sekolah Menengah Tinggi Balboa di San Francisco, Amerika Syarikat pada tahun 1952.

Selepas melihat tarian berkenaan, seorang pemuzik dan pemain trumpet AS dikenali sebagai Ray Anthony kemudiannya menulis lagu untuk mengiringi tarian itu.

Bahkan, tarian dan lagu berkenaan dipamerkan Ray Anthony dalam satu program The Ray Anthony Show pada tahun 1953.

Sedekad kemudiannya tarian Bunny Hop telah dipopularkan semula dalam bentuk Letkiss di Finland sekitar tahun 1960-an.

Cara tarian ini dilakukan adalah setiap individu perlu berada dalam barisan dan mengeluarkan kaki kanan sebanyak dua kali kemudian diikuti dengan kaki kiri dua kali.

Selepas itu, mereka perlu melompat ke hadapan menggunakan kedua-dua belah kaki dan melompat ke belakang sebelum melompat ke hadapan semula sebanyak tiga kali.

Bagi tarian Bunny Hop, mereka yang menyertai tarian tersebut juga perlu meletakkan kedua tangan di bahagian pinggang penari di hadapan mereka.

Terdapat perbezaan antara tarian Bunny Hop dan juga Letkajenkka

Namun perbezaan untuk Letkajenkka adalah tarian itu telah diubah apabila mereka memulakan tarian itu dengan kaki kiri selain lagunya turut digubah dan dipanggil Letkajenkka.

Lagu Letkajenkka juga telah dibuat oleh Erik Lindström (awalnya dirakam oleh The Adventure). Pada akhir tahun 1963, lagu Letkajenkka telah digubah oleh Rauno Lehtinen yang dipanggil sebagai ‘Letkiss’.

Selain dilakukan secara berkumpulan tarian Letkajenkka juga boleh dilakukan secara berpasangan.

Ada kaitan dengan tarian tradisi bangsa Yahudi ke?

Carian kami tidak menemukan sebarang kaitan yang dapat mengaitkan tarian terbabit dengan bangsa Yahudi seperti yang didakwa oleh segelintir individu di X dan TikTok itu, namun ia sememangnya tarian yang berasal dari barat.

Menerusi semakan kami juga, terdapat lima tarian yang ikonik dan berasal dari bangsa Yahudi iaitu:

  • Hora
  • The Mitzvah Tantz
  • Israeli Folk Dance
  • Yemenite Step
  • Mezinka

Isu asal usul tarian berkenaan seperti sudah jelas, namun apa yang dibangkitkan segelintir pihak adalah mengenai adab semasa melakukan tarian tersebut.

Ini kerana, tarian tersebut dilihat kurang sopan untuk dilakukan oleh golongan wanita memandangkan ia boleh memberikan satu perspektif kurang menyenangkan dek kerana pergerakan yang terkinja-kinja seperti melompat dan sebagainya.

Seperti sebelum ini pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun turut menegur tarian itu tidak seharusnya dilakukan oleh kaum wanita lebih-lebih lagi jika ia berniat untuk dimuat naik ke media sosial.

Source: