
Tular rakaman video di media sosial menunjukkan keadaan kecoh apabila seorang wanita warga emas didakwa terjatuh ke dalam laut semasa mahu menaiki feri.

Dalam video yang dimuat naik mStar, kelihatan penyelamat terjun ke laut menyelamatkan warga emas yang terjatuh tersebut.
Berdasarkan sumber, warga emas berkenaan menaiki feri di terminal Mersing untuk ke Pulau Tioman. Belum sempat melangkah masuk, feri didakwa bergerak menyebabkan mangsa terjatuh.
Menerusi video, kedengaran perakam mempersoalkan aspek keselamatan apabila feri dikatakan tidak dilengkapi pelantar kayu untuk melangkah.
Tak ada safety langsung, letak la pelantar kayu. Benda bangang. Mak ada? Mak ada mak ada.
Di ruangan komen, pelbagai respon yang ditinggalkan netizen berhubung kejadian ini. Mereka memohon terminal feri menyemak kembali prosedur untuk menjamin keselamatan penumpang.
Berita lanjut mengenai kejadian menyusul.

Jap!

