Warga Emas Terkejut Peroleh RM18K Wang Tidak Dituntut Di Miri

1 Oct 2024 • 11:43 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Rakyat Miri Digalakkan Semak Wang Tidak Dituntut di laman sesawang eGUMIS

Warga Emas Terkejut Peroleh RM18K Wang Tidak Dituntut Di Miri. Seorang warga emas dari Bahagian Miri tidak menyangka akan menemui wang tidak dituntut berjumlah RM18,000 ketika berkunjung ke reruai Kementerian Kewangan (MOF) di Program Menyemai Rakyat (PMR) yang diadakan di Boulevard Mall, Miri.

Lelaki tersebut hadir untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan sepanjang program berlangsung. Ketika berada di sana, beliau singgah di kaunter MOF yang menyediakan perkhidmatan semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) secara terus kepada pengunjung.

image is not available
Warga Emas Terkejut Peroleh RM18K Wang Tidak Dituntut Di Miri. Sumber gambar: IG pacu.pmo

Warga Emas Miri Terima Wang Tidak Dituntut Selepas Semakan di PMR

Menurut MOF, wang tidak dituntut itu akan dikreditkan ke dalam akaun bank lelaki berkenaan dalam tempoh 30 hari setelah Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Cawangan Miri) menerima dokumen lengkap daripada beliau.

Orang ramai, khususnya penduduk sekitar Miri, masih berpeluang untuk membuat semakan WTD di PMR ini yang akan berlangsung hingga jam 6.00 petang hari ini. Bagi mereka yang tidak sempat hadir ke program tersebut, semakan Wang Tidak Dituntut juga boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman sesawang eGUMIS di pautan https://egumis.anm.gov.my.

Turut hadir bersama warga emas itu untuk sesi bergambar ialah beberapa pegawai penting dari MOF dan Jabatan Akauntan Negara, termasuk Azli bin Ali (Timbalan Pengarah Operasi BWTD), Leonard Wilfred Yussin (Pegawai Kewangan Persekutuan Perbendaharaan Malaysia Sarawak), En Zainuddin bin Manaf (Pengarah Akauntan Negara Sarawak), dan Mohd Nazri Hassan (Pengarah Cawangan Akauntan Negara Miri).

Baca juga artikel semasa di bawah: