Warga Emas Usia 69 Tahun Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Bangunan Di Miri

29 Jul 2024 • 3:46 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Terjatuh dari bangunan, wanita berusia 69 tahun terjatuh dari bangunan disahkan meninggal di tempat kejadian

Warga Emas Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Bangunan Di Miri. Seorang wanita berusia 69 tahun telah meninggal dunia akibat terjatuh dari sebuah bangunan di Krokop hari ini.

Menurut laporan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian tersebut sekitar pukul 8.30 pagi.

image is not available
Warga Emas Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Bangunan Di Miri

Satu pasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral telah dihantar ke lokasi kejadian.

Apabila mereka tiba, komander operasi melaporkan bahawa wanita tersebut telah terjatuh dari bangunan sebelum ketibaan mereka.

Wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dari Hospital Miri. Pihak bomba menambah bahawa mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Untuk mereka yang mengalami kemurungan dinasihatkan untuk bercakap dengan kaunselor atau menghubungi Talian Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat di 082-514141.

Baca juga artikel yang berkaitan: