Warga emas, wanita maut nahas dua kenderaan

LocalCars
16 Dec 2024 • 7:44 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan dua kereta yang terlibat dalam nahas berkenaan. Foto BBP Mersing

image is not available
Dua termasuk seorang warga emas maut manakala tiga lagi cedera dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Kota Tinggi berhampiran simpang masuk Ladang Arami Jaya, malam tadi. Foto BBP Mersing

MERSING – Dua termasuk seorang warga emas maut manakala tiga lagi cedera dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Kota Tinggi berhampiran simpang masuk Ladang Arami Jaya, malam tadi.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Mohamed Zainuddin Ahmad, seramai 12 anggota bersama sebuah jentera dan pacuan empat roda dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan mengenai kemalangan terbabit.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta Toyota Vios dan kereta Proton Persona.

“Pemandu kereta Toyota Vios yang mengalami kecederaan serta seorang lelaki dewasa dan kanak-kanak perempuan yang juga penumpang kereta Proton Persona telah dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa ke hospital sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Bagaimanapun, dua penumpang melibatkan warga emas lelaki dan seorang wanita disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi,” katanya.

Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan pada jam 9.45 malam.