Tragedi Drag Race Di Sandakan, Pemandu Maut Selepas Kenderaan Hilang Kawalan

15 Dec 2024 • 4:10 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pemandu acara drag warga Brunei maut selepas kenderaan terbabas

Tragedi Drag Race Di Sandakan, Pemandu Maut Selepas Kenderaan Hilang Kawalan. Dilaporkan, seorang pemandu drag warga Brunei, Abang Adib Abang Ali, 36, maut selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan dan terbabas ke bahagian kiri litar perlumbaan ketika melepasi garisan penamat semalam.

Kejadian tragis itu berlaku sekitar jam 4.44 petang semasa acara Drag Battle di Sandakan. Mangsa, yang mengalami kecederaan parah, disahkan meninggal dunia di Hospital Duchess Of Kent (HDOK) pada jam 5.25 petang.

image is not available
Sumber gambar: Utusan Borneo

Hilang kawalan selepas melepasi garisan penamat

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan K Ramasamy, siasatan awal mendapati kenderaan mangsa hilang kawalan selepas melepasi garisan penamat, lalu terbabas dan berhenti selepas melanggar bahagian kiri litar.

Kata beliau dalam satu kenyataan, mangsa tersepit di dalam kereta dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba. Namun, mangsa tidak sempat diselamatkan.

Mayat Abang Adib kini berada di Unit Forensik HDOK untuk proses bedah siasat, dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai Sudden Death Report (SDR).

image is not available
Sumber gambar: FB Adam Wong Jr.

Acara Drag Race kini dibatalkan

Berikutan insiden ini, RCO Motorsport Club mengumumkan pembatalan acara Sandakan Drag Battle R3 2024.

Kami memohon maaf atas pembatalan acara ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan. Kami turut bersimpati atas apa yang berlaku dan mendoakan segala urusan dipermudahkan,” kata kenyataan rasmi kelab itu.

Tragedi ini turut mencetuskan perhatian ramai apabila rakaman video berdurasi 13 saat tersebar di media sosial. Video tersebut menunjukkan kereta mangsa hilang kawalan, melambung dan berpusing beberapa kali sebelum berhenti.

Acara yang sepatutnya menjadi platform meraikan semangat sukan permotoran berakhir dengan satu kehilangan nyawa yang amat menyayat hati. Takziah kepada keluarga dan rakan mangsa atas kehilangan ini.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: