Warga Indonesia Jadikan Neraka Sebagai Konten, PU Syed Tampil Bersuara – “Betapa Beraninya Dia..”

LocalPolitics
1 Jun 2025 • 10:08 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pendakwah bebas, PU Syed tampil menyelar tindakan seorang individu yang berasal dari Indonesia yang menjadikan neraka sebagai satu bahan jenaka.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagramnya, PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkata, perbuatan tersebut seperti mempersendakan agama Islam dan menegaskan neraka bukan tempat untuk dijadikan konten atau bahan jenaka.

image is not available

Betapa beraninya dia menjadikan neraka sebagai satu gurauan, sedangkan Nabi pesan kepada kita untuk elak masuk dalam nereka.

 

Kita sebagai umat perlu mohon kepada Allah, elakkan diri dari dimasukkan dalam api neraka. Tiba-tiba, orang itu buat konten sedemikian.

 

Dia juga seakan menyatakan neraka seolah-olah tempat yang sangat nyaman baginya. Hakikatnya, neraka adalah tempat yang sangat terperit azabnya.

Gesa pihak berkuasa ambil tindakan

Dalam pada itu, pendakwah bebas itu turut menggesa pihak berkuasa Indonesia untuk mengambil tindakan terhadap individu tersebut.

Saya minta pihak berkuasa di Indonesia ambil tindakan terhadap individu tersebut, mungkin dia kurang waras atau tidak betul. Andai dia tidak waras berikan rawatan kepadanya.

 

Jika dia orang Islam kenakan tindakan kerana telah menghina kitab Allah dan jika dia kafir tunggulah azab Allah yang sebenar-benarnya.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 1 week ago

"Perbuatan Menindik Hidung Itu Adalah Haram.." - PU Syed Tegur Syarifah Aleya, Ingatkan Jangan Hanya Ikut Restu Suami & Ibu Bapa