Warga Jerman kejang otot kaki ketika daki bukit Rainforest Discovery Centre

25 Apr 2025 • 5:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Seorang lelaki Jerman berusia 75 tahun mengalami kekejangan otot kaki semasa menjalankan aktiviti mendaki bukit di Rainforest Discovery Centre (RDC), Batu 14, Sepilok, di sini, pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Jimmy Lagung, berkata susulan panggilan kecemasan jam 7.27 malam, tujuh anggota dikejarkan ke lokasi sejauh 21km dari balai untuk membantu mengiringi mangsa turun ke kaki bukit.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) Bomba Sandakan untuk rawatan lanjut.

“Setelah mastikan tiada lagi bahaya lain operasi ditamatkan jam 8.32 malam,” katanya.