Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

LocalCars
10 Jun 2026 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

image.png

Tesla Malaysia telah memperluaskan lagit pasarannya di Malaysia Timur dengan melancarkan pusat pengalaman baharu di Lot G43, The Spring Shopping Mall, Kuching, baru-baru ini,

Tesla Malaysia dalam satu kenyataan berkata, Model 3  iaitu sedan elektrik terlaris di Malaysia, dan Model Y L, SUV enam tempat duduk terbaharu akan dipamerkan untuk memperlihatkan teknologi EV dan AI (Kecerdasan Buatan) terkini daripada Tesla.

image.png

Menurut kenyataan itu, Model 3, Model Y, dan Model Y L telah menerima penarafan keselamatan tertinggi daripada pelbagai organisasi keselamatan global terkemuka, termasuk NHTSA dan IIHS (Amerika), Euro NCAP (Eropah), ANCAP (Australia dan New Zealand), serta C-IASI (China); sekali gus menetapkan penanda aras baharu dalam aspek keselamatan, kecekapan, prestasi, dan teknologi canggih.

image.png

"Malah Grok, pembantu AI yang dibangunkan oleh xAI, bakal tersedia melalui kemas kini Over-The-Air (OTA) untuk pemilik Tesla di seluruh Malaysia," katanya.

Hanya sebut 'Hey Grok' atau tekan lama butang suara pada stereng untuk mengaktifkannya. Grok menawarkan interaksi yang lebih intuitif dengan pemandu dan penumpang, termasuk:

Perancangan perjalanan: Minta Grok merancang perjalanan dengan pelbagai lokasi melalui arahan suara, malah pemilik boleh membatalkan atau menukar laluan di pertengahan jalan.

Carian lokasi dan navigasi: Semak stesen Supercharging atau Destination Charging berhampiran, restoran, pusat beli-belah, bank, tandas awam, dan sebagainya sepanjang perjalanan anda.

Penjelasan amaran kenderaan: Dapatkan penjelasan rujukan dan cadangan penyelesaian daripada Grok setiap kali anda melihat sebarang notis amaran pada skrin.

Sembang suara pintar: Sesuaikan suara, nada, dan gaya pertuturan Grok mengikut keperluan individu. Sama ada untuk mempelajari bahasa baharu atau bercerita kepada anak-anak, Grok akan menjadi pembantu AI peribadi anda.

Setakat awal tahun 2026, lebih 80% pemilik Tesla di Malaysia Timur telah memanfaatkan fungsi Home Charging (Pengecasan di Rumah) untuk mengecas kenderaan mengikut keselesaan mereka; lebih banyak stesen pengecasan Tesla akan menyusul di Sarawak tidak lama lagi.

Pemilik Tesla di Malaysia Timur juga boleh menikmati perkhidmatan mudah alih  dan membuat  temu janji servis di Bengkel Sah Tesla (TAB).

Jika berminat untuk memandu uji, hubungi talian (bebas tol) 1-800-810-655 atau daftar sesi pandu uji anda di sini: https://www.tesla.com/en_my/drive

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved