Warga Kuching Wajib Cuba Shawarma Dan Kebab Dari Kupiki Grillers Ini

19 Sep 2022 • 9:30 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Guna isi ayam dan daging sebenar

Warga Kuching Wajib Cuba Shawarma Dan Kebab Dari Kupiki Grillers Ini. Sekiranya anda tercari-cari hidangan untuk minum petang atau makan malam, jangan lupa untuk cuba shawarma dan kebab daripada Kupiki Grillers ini.

image is not available
Warga Kuching Wajib Cuba Shawarma Dan Kebab Dari Kupiki Grillers Ini. Kredit foto: FB Kupiki Grillers

Istimewanya menu di kedai ini, mereka tidak menggunakan ayam ataupun daging cincang segera tetapi mereka menggunakan ayam dan daging sebenar serta diperap dengan rempah istimewa mereka.

Setiap gigitan yang dimakan pasti berbaloi!

Menu yang dihidangkan

Selain shawarma dan kebab mereka turut menghidangkan beberapa menu lain. Antaranya ialah sandwich dan roti john.

image is not available
Kredit foto: FB Kupiki Grillers

Dikatakan, kebab dan shawarma mereka antara menu bestseller di kedai itu. Mungkin disebabkan oleh perapan rahsia yang digunakan oleh mereka menjadikan menu itu antara menu popular.

Kebab daging antara menu yang paling cepat dijual. Tengok sahaja gambar ini, fuhhhhh.

image is not available
Kredit foto: FB Kupiki Grillers

Penggemar sandwich pun boleh cuba hidangan sandwich daripada kedai ini. Nampak menarik dan juicy dengan lelehan sos yang sedap.

image is not available
Kredit foto: FB Kupiki Grillers

Manakala, roti john atau roti panjang yang diisi dengan carikan ayam ataupun daging turut menjadi pilihan pelanggan di kedai itu. Ditambah pula dengan hirisan keju dan sos keju istimewa serta aroma mentega selepas dipanggang pasti menggiurkan pelanggan yang datang.

image is not available
Kredit foto: FB Kupiki Grillers

Lokasi dan waktu berniaga

Kupiki Grillers ni boleh dianggap sebagai ‘hidden gems’ jugak kerana lokasinya tersembunyi sebaris dengan bangunan MARQ8T.

Difahamkan Kupiki Grillers ini dibuka pada setiap hari kecuali pada hari ahad.

Untuk waktu operasinya pula adalah dari jam 3 petang sehingga 10 malam.

Untuk info lebih lanjut, boleh layari Facebook mereka iaitu Kupiki Grillers.

Pening cari tempat makan menarik sekitar Kuching? Boleh rujuk di sini: