Warga Myanmar maut digilis kren

11 Jan 2023 • 6:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mangsa maut manakala motosikalnya remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuala Krai pada Rabu. - Foto ihsan PDRM

KOTA BHARU - Seorang lelaki warga Myanmar maut digilis kren dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kuala Krai di sini pada jam 8.50 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kejadian berlaku ketika mangsa, Mohamad Rofik Abdul Sabor, 28, yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari arah sebuah masjid ke stesen minyak di Kadok.

Menurut beliau, sebaik tiba di lokasi, mangsa memotong kren yang sedang bergerak perlahan melalui bahu kiri jalan.

"Mangsa kemudian terjatuh di sisi kanan jalan yang rosak dan licin sebelum digilis kren terbabit," katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Mohd Rosdi memberitahu, mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Tambahnya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk bedah siasat sementara pemandu kren tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved