Warga Myanmar terlibat jenayah tak dihantar pulang serta-merta

LocalPolitics
13 Oct 2026 • 6:40 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Warga Myanmar terlibat jenayah tak dihantar pulang serta-merta

SUNGAI PETANI – Warga Myanmar yang terlibat dalam kesalahan jenayah di negara ini perlu menjalani proses perundangan terlebih dahulu sebelum boleh dihantar pulang ke negara asal.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia merupakan antara ketetapan dipersetujui kerajaan Myanmar berhubung mekanisme penghantaran pulang warga negara itu menerusi pertemuan dua hala, baru-baru ini.

“Pemerintah Myanmar bersetuju menerima kembali rakyat mereka yang berada di tempat kita setelah kita melakukan proses yang ditetapkan, melainkan ada satu red line iaitu mereka yang ada rekod jenayah.

“Kalau rekod kita mendapati dia terlibat pelanggaran undang-undang, kita akan uruskan secara undang-undang dahulu. Itu tidaklah segera penghantaran pulang,” katanya pada sidang akhbar Program Townhall Madani di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini hari ini.

Kata beliau, pihak Myanmar turut memberikan jaminan keselamatan kepada individu yang dihantar pulang ke negara mereka.

“Kementerian Dalam Negeri turut menyertai pertemuan baru-baru ini dan jaminan keselamatan itu telah diberikan oleh Presiden Myanmar sendiri. Jadi kita ambil setakat itu dulu, bahawa jaminan itu adalah jaminan keselamatan,” ujarnya.

Tambahnya, baki 3,600 warga Myanmar yang dikenal pasti dalam kumpulan 5,000 rakyat negara itu sebelum ini dijangka dihantar pulang secara berperingkat selepas ini. – KOSMO! ONLINE

The post Warga Myanmar terlibat jenayah tak dihantar pulang serta-merta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved