Warga Negara Haram Miliki Dua Kerakyatan Di Malaysia Akan Diusir Segera – PM Anwar

LocalPolitics
15 Jul 2026 • 2:21 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan akan mengambil tindakan mengusir serta-merta mana-mana rakyat Israel yang berada di Malaysia sekiranya hasil siasatan mengesahkan dakwaan berhubung perkara itu.

Image from: Warga Negara Haram Miliki Dua Kerakyatan Di Malaysia Akan Diusir Segera – PM Anwar

Memetik laporan Sinar Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tegas itu selaras dengan pendirian Malaysia yang tidak mengiktiraf Israel.

Beliau berkata, ketika ini semua agensi berkaitan sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan wujud rakyat Israel yang memasuki negara ini menggunakan dua pasport kewarganegaraan.

“Saya percaya Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir) akan beri jawapan. Kita siasat dahulu. Kalau tidak, kita tidak izinkan. Kalau ada, tindakan mesti diambil.
“Kalau ada rakyat Israel, kerana kita tidak mengiktiraf (Israel), mereka akan diusir segera,” katanya pada Rabu.

Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam serta agensi berkaitan menyemak status kewarganegaraan komuniti Network School di Forest City.

Gesaan itu dibuat susulan dakwaan terdapat warga Israel yang memiliki dua kewarganegaraan menetap di kawasan berkenaan.

Artikel lain: Di Ambang PRN Johor, PM Thailand Doakan Kejayaan PM Anwar -“I Wish You Best Of Luck”

Network School merupakan sebuah komuniti kediaman dan ruang kerja bersama persendirian yang diperkenalkan pada tahun 2024 oleh pelabur teknologi, Balaji Srinivasan.

Komuniti berkenaan menyasarkan golongan yang digelar sebagai techno-optimist dengan mengenakan yuran AS$1,500 (RM6,118.50) sebulan yang merangkumi penginapan, makanan serta pelbagai kemudahan lain termasuk akses ke gimnasium.

Sumber: Sinar Harian (Diana Aziz)

The post Warga Negara Haram Miliki Dua Kerakyatan Di Malaysia Akan Diusir Segera – PM Anwar appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved