Warga Pakistan ditahan berhubung kes cabul pelajar

LocalPolitics
30 Jul 2025 • 12:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

PENAMPANG: Seorang lelaki warga Pakistan berumur 34 tahun ditahan berhubung kes cabul seorang pelajar perempuan di Putatan, susulan laporan polis yang dibuat bulan lalu.

Kes tersebut tular di media sosial.

Bertindak atas maklumat awam dan risikan, sepasukan anggota dari Balai Polis Putatan menahan suspek di kawasan Putatan pada jam 6 petang Isnin (28 Julai).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Ketua Polis Daerah, Supt Sammy Newton merakamkan penghargaan kepada orang ramai atas maklumat yang membantu mengesan suspek.

Suspek kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara dan sebatan, jika sabit kesalahan.