Warga Palestin Terharu Pilot Datang Bagi Semangat Masa Dalam Flight

Entertainment
10 Nov 2023 • 3:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ketika mendapat tahu yang Mahmoud Abdallall ini seorang warga Palestin ketika berada di dalam kapal terbang, juruterbang dari kapal tersebut terus datang menghampirinya.

Pilot tersebut menegur dan memeluk dirinya sambil bertutur dalam bahasa Arab. Menurut Mahmoud, juruterbang tersebut bertanya keadaan saudaranya di Gaza.

Dilihat Mahmoud dilayan dengan begitu baik dan ramah oleh juruterbang tersebut, jelas Mahmoud yang begitu fasih bertutur dalam bahasa Indonesia itu. Dia menjelaskan bahawa juruterbang tersebut begitu sedih dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin sekarang.

“Ketika dia tahu saya orang Palestina dia langsung datang ke tempat kursi saya kemudian dia bertanya kepada saya pakai bahasa Arab.

“Bagaimana kegiatan saudara kita di Palestina dan katanya sedih sekali melihat saudara kita dalam kegiatan seperti ini. Bagaimana dengan anda sekalian apakah ikut merasa sedih dan selalu doa kepada saudara kita apa gimana.”

@mahmoud_abdallall

ketika dia tahu saya orang Palestina dia langsung datang ke tempat kursi saya kemudian dia bertanya kepada saya pakai bahasa Arab Bagaimana kegiatan saudara kita di Palestina, dan katanya sedih sekali melihat saudara kita dalam kegiatan seperti ini Bagaimana dengan anda sekalian apakah ikut merasa sedih dan selalu doa kepada saudara kita apa gimana?#fyp #tiktok #trending #viral

♬ الصوت الأصلي – mahmoud abdallall – mahmoud abdallall

Dalam masa 19 jam dimuat naik, video ini telah meraih lebih 3 juta jumlah tontonan dan ia membuatkan ramai netizen turut sebak saat juruterbang tersebut mula berjabat tangan dengan Mahmoud.

image is not available image is not available

Jujur min cakap, min kalau jumpa diaorang tu, memang min nak peluk, terumanya kanak-kanak kat sana.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.