Warga PDRM Sudah Terlatih Membantu Mangsa Bencana - KPN

19 Dec 2022 • 3:54 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Acryl Sani Abdullah Sani - Gambar oleh Sairien Nafis

BATANG KALI - Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah terlatih dari segi emosi dan fizikal dalam apa jua cabaran serta keadaan terutama melibatkan bencana seperti operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, setiap penugasan mereka telah diatur baik dengan mengambil kira aspek kebajikan dan kepakaran masing-masing. 

"Kualiti persediaan dan latihan serta tugasan telah diterapkan sebagai pengetahuan dan kemahiran pengurusan serta aspek psikologi yang berkesan. 

"Walaupun keletihan, saya yakin barisan petugas dapat memberikan sepenuh komitmen dalam melaksanakan misi mencari dan menyelamat tersebut," katanya, hari ini.

Acryl Sani berkata, pihaknya bekerjasama dengan pelbagai agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terlibat dalam operasi SAR mangsa tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Hulu Selangor yang telah memasuki hari keempat.

"Petugas SAR sentiasa cekal dan bersemangat dalam menjalankan tugas, sama-sama kita berdoa semoga semua urusan dipermudahkan dan semua mangsa yang hilang  ditemui," katanya.

Setakat hari keempat insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, 61 mangsa disahkan terselamat manakala 24 termasuk enam kanak-kanak terkorban dan sembilan lagi dilaporkan masih hilang. - Getaran, 19 Disember 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved