Tanah runtuh: Pegawai, anggota PDRM sudah terlatih - KPN

19 Dec 2022 • 3:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan di lokasi kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Hulu Selangor pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah terlatih dari segi emosi dan fizikal dalam apa jua cabaran dan keadaan terutama melibatkan bencana seperti operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, setiap penugasan mereka telah diatur baik dengan mengambil kira aspek kebajikan dan kepakaran masing-masing.

"Kualiti persediaan dan latihan serta tugasan telah diterapkan sebagai pengetahuan dan kemahiran pengurusan serta aspek psikologi yang berkesan.

"Walaupun keletihan, saya yakin barisan petugas dapat memberikan sepenuh komitmen dalam melaksanakan misi mencari dan menyelamat tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Acryl Sani berkata, pihaknya bekerjasama dengan pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) terlibat dalam operasi SAR mangsa tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Hulu Selangor yang memasuki hari ke empat.

"Petugas SAR sentiasa cekal dan bersemangat dalam menjalankan tugas, sama-sama kita berdoa semoga semua urusan dipermudahkan dan semua mangsa yang hilang ditemui," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved