Warga Rohingya Dakwa Pemilik Tanah Sendiri Tawar Sewa Flat Haram Di Hulu Langat

15 Jun 2026 • 2:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Warga Rohingya yang sebelum ini pernah menyewa di flat haram di Sungai Tekali mendakwa kediaman berkenaan ditawarkan sendiri oleh pemilik tanah sejak 2019.

Menurut laporan, pemilik tanah dipercayai menyewakan hampir 30 unit kediaman yang dibina secara haram dengan kadar sewa antara RM400 hingga RM750 sebulan, bergantung kepada keluasan dan kelengkapan yang disediakan.

Advertisement NSTPSumber : NSTP/Safeek Affendy Razali  

Bagaimanapun, penghuni mula meninggalkan kawasan tersebut selepas serbuan Operasi Kutip dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada 28 Februari tahun lalu.

Seorang warga Rohingya yang pernah menyewa di kawasan itu, Husain Abdullah berkata, flat berkenaan mula dibina secara berperingkat sejak 2018 sebelum siap sepenuhnya pada 2019.

“Pemilik mengupah pekerja kontrak warga Indonesia dan Vietnam untuk mendirikan flat ini pada bahagian depan dan belakang sehingga adanya antara 25 hingga 30 unit pintu kediaman.”

“Ada unit disewakan dengan harga RM400, RM500, RM600 dan RM750 kepada warga Rohingya, termasuk saya sendiri dan pemilik memperoleh kutipan sewa lebih RM15,000 sebulan.”

“Kami yang menyewa ditawarkan elektrik dan air secara percuma oleh pemilik dan saya percaya kemungkinan ia diambil secara haram dari sumber di kawasan berhampiran,” katanya kepada wartawan BH.

Husain turut mendakwa penduduk di kawasan sekitar sudah lama mengetahui kewujudan flat berkenaan yang dihuni warga asing, terutama dari Myanmar, selain mengenali pemiliknya yang juga merupakan tuan tanah di kawasan itu.

Menurutnya lagi, selepas operasi pihak berkuasa dijalankan, tiada lagi warga Rohingya yang tinggal di flat tersebut selepas mereka diberi amaran supaya tidak kembali menetap di situ.

Flat 4 Tingkat Jadi Kediaman Etnik Rohingya Akan Dirobohkan, Penduduk Sambut Baik

Image from: Warga Rohingya Dakwa Pemilik Tanah Sendiri Tawar Sewa Flat Haram Di Hulu LangatImage from: Warga Rohingya Dakwa Pemilik Tanah Sendiri Tawar Sewa Flat Haram Di Hulu Langat

Namun begitu, sebuah kedai makan di bahagian bawah flat dilaporkan masih beroperasi dan dikendalikan oleh warga Rohingya.

Sementara itu, tinjauan media tengah hari semalam mendapati tiada kerja-kerja merobohkan flat haram itu dilakukan seperti hari sebelumnya.

Selain itu, terdapat semburan cat merah pada tingkat bawah flat berkenaan dengan tulisan “Ini Malaysia” dan “Hantar Balik”. – BH

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Warga Rohingya Dakwa Pemilik Tanah Sendiri Tawar Sewa Flat Haram Di Hulu Langat2026-06-11 11:18:55

Flat 4 Tingkat Jadi Kediaman Etnik Rohingya Akan Dirobohkan, Penduduk Sambut Baik

The post Warga Rohingya Dakwa Pemilik Tanah Sendiri Tawar Sewa Flat Haram Di Hulu Langat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.