'Saya akui salah, tapi jangan sebar fitnah' - Anak pemilik tanah jelas isu penempatan Rohingya

LocalPolitics
13 Jun 2026 • 6:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Saya akui salah, tapi jangan sebar fitnah' - Anak pemilik tanah jelas isu penempatan Rohingya
Pemilik tanah berkenaan mula merobohkan sebahagian struktur di penempatan itu sejak 9 pagi tadi dengan menggunakan khidmat dua pekerja serta sebuah jengkaut.
Image from: 'Saya akui salah, tapi jangan sebar fitnah' - Anak pemilik tanah jelas isu penempatan Rohingya
Flat warga asing tular dikaitkan dengan etnik Rohingya di Sungai Tekali.
Image from: 'Saya akui salah, tapi jangan sebar fitnah' - Anak pemilik tanah jelas isu penempatan Rohingya
Kerja-kerja perobohan sedang giat dilaksanakan.

HULU LANGAT - “Saya mengaku salah, memang salah. Sebab itu saya tampil untuk memperjelaskan isu yang sedang diperkatakan.”

Demikian pengakuan anak kepada pemilik tanah yang enggan dikenali susulan kontroversi penempatan etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Sungai Tekali di sini yang menjadi perhatian dan perdebatan masyarakat sejak beberapa hari lalu.

"Sejak isu berkenaan tular di media sosial dan mendapat liputan meluas, saya kerap turun ke lokasi bagi menguruskan pelbagai perkara yang berbangkit selain memastikan semua arahan pihak berkuasa dipatuhi.

“Saya mohon semua pihak supaya tidak menyebarkan perkara yang tidak benar atau menokok tambah cerita sehingga mengelirukan masyarakat,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi pada Sabtu.

Tambah beliau, keluarganya kini berada dalam keadaan tertekan susulan pelbagai dakwaan serta komen negatif yang tersebar di media sosial sehingga ada antaranya tidak berasaskan fakta sebenar.

**media[3550173]**

“Ahli keluarga saya sangat tertekan. Banyak cerita yang tidak benar disebarkan sehingga menjejaskan nama baik kami.

“Kami menerima pelbagai kecaman walaupun pada masa ini kami sedang berusaha menyelesaikan perkara ini mengikut segala panduan dan arahan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT),” ujarnya.

Wanita itu berkata, proses pematuhan terhadap tindakan yang diarahkan sedang dilaksanakan secara berperingkat termasuk kerja-kerja mengosongkan dan merobohkan struktur di kawasan berkenaan.

**media[3550174]**

Dalam pada itu, dia turut meminta orang ramai supaya tidak menyalahkan mana-mana agensi kerajaan kerana menurutnya pihak berkuasa sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan baik.

“Kerajaan dan agensi berkaitan memang menjalankan tugas mereka. Pemeriksaan dan operasi sentiasa dibuat dari semasa ke semasa.

“Jadi jangan salahkan mana-mana pihak. Mereka telah melaksanakan tanggungjawab mengikut bidang kuasa masing-masing,” jelasnya.

Tinjauan di lokasi mendapati pemilik tanah berkenaan mula merobohkan sebahagian struktur di penempatan itu sejak 9 pagi tadi dengan menggunakan khidmat dua pekerja serta sebuah jengkaut.

Tinjauan juga mendapati operasi tersebut tidak membabitkan bangunan tiga tingkat yang tular di media sosial.