Warga Rohingya didakwa rompak rumah Razif Sidek

12 Jun 2026 • 2:54 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Warga Rohingya didakwa rompak rumah Razif Sidek

KUALA LUMPUR - Seorang buruh warga Rohingya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merompak kediaman legenda badminton negara Datuk Razif Sidek dengan bersenjatakan pisau, bulan lepas.

Tertuduh, Mohamad Fawyas Yasin, 27, didakwa merompak harta milik Datuk Mohamad Razif Mohd Sidek, 64, dengan bersenjatakan pisau, di sebuah rumah di Jalan Damansara, Taman Tun Dr Ismail pada 12.20 tengah hari, 19 Mei.

Tuduhan dibuat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan, lapor Bernama.

Timbalan Pendakwa Raya J. Banusha tidak menawarkan jaminan memandangkan kesalahan itu adalah serius selain kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) milik tertuduh telah tamat tempoh.

"Sekiranya jaminan dibenarkan dan tertuduh tidak hadir ke mahkamah, sukar untuk menjejaki keberadaannya memandangkan dia tidak mempunyai alamat tetap. Selain itu, tertuduh juga mengetahui alamat mangsa dan saksi, jadi dikhuatiri saksi-saksi akan diganggu," katanya.

Sementara itu, Peguam Mansheel Kaur yang mewakili Mohamad Fawyas memohon jaminan rendah kerana anak guamnya hanya bekerja sebagai buruh dan berpendapatan RM50 sehari dan perlu menyara isteri yang tidak bekerja serta seorang anak berumur 10 bulan.

"Tertuduh tinggal di negara ini selama 15 tahun dan berhubung dengan kad UNHCR, kad tersebut dalam proses untuk diperbaharu," kata peguam itu.

Hakim Siti Shakirah Mohtarudin tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan tiada kad UNCHR yang sah untuk dipertimbangkan mahkamah dan menetapkan 14 Julai ini untuk sebutan semula kes. - 12 Jun, 2026

The post Warga Rohingya didakwa rompak rumah Razif Sidek appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved