Warga Singapura maut nahas tiga kenderaan di PLUS

20 Apr 2026 • 6:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang penunggang motosikal warga Singapura maut selepas terlibat kemalangan di Kilometer 25.1 Lebuhraya PLUS arah selatan, awal pagi Isnin. Gambar hiasan

KULAI - Seorang lelaki warga Singapura maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 25.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner  Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu kira-kira 3 pagi, masing-masing melibatkan motosikal jenis Yamaha, kereta Proton dan trak pikap jenama Ford.

"Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang lelaki berusia 31 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di tengah jalan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kereta Proton yang dipandu lelaki tempatan berusia 46 tahun di lorong kiri tidak sempat mengelak lalu terlanggar motosikal berkenaan.

Beliau berkata, pelanggaran itu menyebabkan motosikal terbabit memasuki lorong kanan sebelum dilanggar trak pikap dipandu lelaki warga Pakistan berusia 45 tahun.

"Penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved