Lelaki maut nahas di Tongod

19 Apr 2026 • 10:33 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Lelaki maut nahas di Tongod

TONGOD: Seorang lelaki berumur 43 tahun maut selepas kereta dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Kampung Napagang, di sini, petang Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabatangan, PPB Hairi Otuh, berkata dalam kejadian kira-kira 6.26 petang itu, mangsa tersepit di dalam sebuah Proton Wira sebelum dikeluarkan oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Tongod.

“Namun, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, Jumaat.

Menurutnya, seorang lagi mangsa yang berada dalam kenderaan sama berjaya keluar sendiri dan dihantar ke hospital oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada 11.19 malam selepas pasukan bomba memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.