Warganegara 18 Tahun Ke Atas Log Masuk MyJPJ Guna MyDigital ID Mulai Februari 2026

LocalTechnology
27 Nov 2025 • 10:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Warganegara 18 Tahun Ke Atas Log Masuk MyJPJ Guna MyDigital ID Mulai Februari 2026

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terus komited mendukung agenda transformasi digital negara melalui pelaksanaan kaedah log masuk tunggal (Single Login) ke aplikasi MyJPJ menggunakan MyDigital ID sebagai kaedah pengesahan identiti digital yang lebih mudah, selamat dan telus.

Bermula 1 Februari 2026, semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menggunakan MyDigital ID sebagai kaedah log masuk tunggal ke aplikasi MyJPJ, sekali gus menggantikan penggunaan kata laluan sedia ada.

“Bagi pengguna bawah 18 tahun serta pemegang kad MyPR, kaedah log masuk sedia ada akan terus digunakan melalui pautan khas yang memerlukan pengguna memasukkan 12 digit nombor MyPR /MyKAD berserta kata laluan.

“Sementara itu, pengguna yang belum pernah mendaftar MyJPJ, proses log masuk boleh terus dilaksanakan melalui MyDigital ID.

“Langkah ini penting bagi mengelakkan pembukaan akaun palsu serta akses tidak sah ke dalam sistem MyJPJ,” maklum JPJ dalam satu kenyataan.

Untuk info, JPJ memaklumkan bahawa 13 juta pengguna telah mendaftar atau memiliki akaun MyJPJ setakat ini. Daripada jumlah itu, 1.3 juta pengguna telah menggunakan MyDigital ID untuk log masuk ke aplikasi tersebut.

Manakala, 11 juta pengguna lagi perlu melengkapkan proses prapendaftaran melalui pengesahan wajah bagi mempercepatkan pendaftaran MyDigital ID.

MyDigital ID merupakan platform identiti digital yang mengesahkan identiti pengguna secara tepat dan telus menggunakan pangkalan data Kerajaan, iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tanpa menyimpan sebarang data peribadi pengguna.

Kaedah ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan transaksi digital, malah memudahkan urusan tanpa keperluan mengingati pelbagai kata laluan.

JPJ menyeru semua pengguna MyJPJ agar mengambil langkah proaktif dengan mendaftar dan menyediakan tetapan MyDigital ID lebih awal bagi memastikan kelancaran urusan apabila kaedah log masuk tunggal ini dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 Februari 2026.

image is not available

image is not available

BACA: Ribut Tropika Senyar: Perkembangan Terkini & Langkah Pemantauan

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

The post Warganegara 18 Tahun Ke Atas Log Masuk MyJPJ Guna MyDigital ID Mulai Februari 2026 appeared first on Siakap Keli.

View Original Article