Warganet Diminta Berhati-hati Ketika Menulis Komen Di Media Sosial Tentang Kes Arwah Zulfarhan – Peguam

Entertainment
2 Mar 2025 • 12:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang peguam yang dikenali sebagai Mahmud Jumaat menerusi Facebook telah mengingatkan orang ramai khusunya pengguna media sosial untuk lebih berhati-hati dalam menulis komen tentang keputusan penghakiman kes arwah Zulfarhan Osman.

image is not available

Beliau faham ramai netizen yang tidak berpuas hati dengan keputusan penghakiman kes tersebut

Namun, dalam masa yang sama, menurut peguam tersebut, beliau risau melihat ada sesetengah warganet yang dilihat terlalu beremosi sehingga menuduh Panel-Panel Yang Amat Arif Hakim Mahkamah Persekutuan mengambil rasuah dan membuat penghakiman berhubung kes tersebut atas dasar duit.

image is not available

Namun, yang merisaukan saya, ramai pihak yang saya lihat terlalu beremosi sehingga menuduh Panel-Panel Yang Amat Arif Hakim Mahkamah Persekutuan mengambil rasuah, membuat penghakiman atas dasar duit, akan dilaknat Allah SWT dan pengataan keji yang lain, saya rasakan ini adalah terlalu extreme dan keterlaluan. Saya ingin tegaskan sebagai pengamal undang-undang, tanggungjawab dan amanah yang digalas oleh Yang Amat Arif Hakim amatlah besar dalam membuat sesuatu penghakiman, ” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Pengamal undang-undang ini juga mengatakan bahawa warganet perlu tahu dan jelas bahawa kelebihan Yang Amat Arif Hakim, pendakwaraya dan peguam bela jika dibandingkan dengan kita semua adalah mereka mempunyai akses kepada kesemua kertas kausa mahkamah dan keterangan yang diberikan oleh kesemua saksi yang terlibat dalam perbicaraan. Selain itu, beliau turut meminta orang ramai untuk tidak menulis sebarang komen yang boleh memakan diri sementara menunggu alasan penghakiman. Difahamkan, mana-mana komen yang menghina institusi kehakiman boleh dikenakan hukuman penjara atau denda sehingga ratusan ribu ringgit. Dalam perkongsian beliau di Facebook, beliau turut berkongsi tangkapan skrin atau

screenshot

komen beberapa orang netizen yang mendakwa bahawa hakim kes tersebut mungkin telah menerima rasuah.

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.