
Apabila seseorang itu dijemput ke majlis perkahwinan, perkara pertama yang kebiasaannya akan difikir adalah pakaian yang akan dipakai dan juga hadiah yang akan diberi.
Kaum keluarga kebiasaannya akan memberi hadiah peralatan dapur atau perabot untuk kegunaan pasangan pengantin apabila pindah ke rumah baru kelak. Buat sahabat handai pula, mereka ini kebiasaannya akan memberikan hadiah yang bermakna dan lain daripada yang lain.
Beri hadiah kondom
Dalam satu video yang tular di media sosial, sekumpulan rakan dikecam selepas mereka memberikan hadiah kondom kepada pasangan pengantin yang sedang duduk di atas pelamin tanpa segan silu.

Video berdurasi selama dua minit 11 saat itu memperlihatkan sekumpulan rakan pengantin lelaki bergilir-gilir memberikan hadiah. Mungkin sudah dirancang, semua hadiah yang diberikan oleh rakan pengantin adalah kondom dengan pelbagai warna.
Rata-rata rakan pengantin lelaki hanya bergelak ketawa dengan hadiah yang diberikan kepada rakannya itu.
Pengantin perempuan nampak tak selesa
Gurauan nakal seperti ini mungkin adalah normal bagi rakan pengantin. Bagaimanapun, pemberian hadiah kondom di atas pelamin sambil dilihat oleh orang ramai ternyata kurang disenangi oleh pengantin perempuan yang jelas terlihat di wajahnya.
Turut kelihatan wajah pengantin perempuan yang hanya mampu tersenyum melihat gelagat rakan suaminya yang memberikan hadiah kahwin lain daripada yang lain.
Kesian nampak sangat pengantin perempuan tu tak selesa kat atas pelamin dengan orang bagi hadiah bukan-bukan. Kalau salah sorang ni bf korang, sila minta putus, cari jantan lain, jantan dlm video ni semua x guna pic.twitter.com/L16klURxJq
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) June 18, 2022
Warganet tanya mana adab?
Video ini tular di media sosial dan ternyata kurang disenangi oleh warganet yang mempersoalkan adab dan pemilihan hadiah oleh rakan pengantin lelaki.
Buat malu je. Kesian pulak tengok pengantin perempuan”, tulis seorang warganet.
“Disgusting! Boleh nampak the guy pun dah merah muka kena macam tu. If you’re too broke to buy a gift, just say congratulations & balik,” komen seorang netizen lain pula.
Apa pendapat anda tentang isu ini?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


