Warganet Puji Inisiatif MBSA, Selamatkan Sebanyak 291.65 KG Lebihan Makanan Dari Peniaga Bazar Ramadan

23 Mar 2024 • 3:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tak dinafikan bulan Ramadan menjadi bulan yang paling digemari oleh umat Islam kerana selain mendidik kita untuk bersabar dalam menahan lapar dan dahaga, namun bazar Ramadan di seluruh negara telah menyebabkan lambakan sisa makanan bazar semakin meningkat kerana tidak habis dijual.

Untuk mengelakkan lebihan makanan yang tidak habis dijual tersebut daripada dibuang begitu sahaja, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) baru-baru ini telah melancarkan satu inisiatif di mana pihak mereka akan menyelamatkan lebihan makanan dan minuman yang tidak habis dijual di bazar-bazar ramadan sekitar Shah Alam.

image is not available

Menerusi satu perkongsian di Facebook MBSA, program tersebut yang dinamakan MBSA MYSAVE FOOD itu merupakan satu inisiatif untuk mengelakkan pembaziran makanan dan mengurangkan penghantaran sisa makanan ke tapak pelupusan.

Difahamkan, kakitangan MBSA dan para sukarelawan akan ditempatkan di khemah MBSA MySave Food di bazar-bazar ramadan yang terlibat.

Para peniaga bazar boleh menghantar makanan atau minuman yang tidak habis dijual pada hari tersebut ke khemah berkenaan sebelum makanan minuman yang dikumpulkan itu akan diagihkan ke pelbagai lokasi seperti masjid, surau atau pangsapuri terdekat kepada penduduk dan golongan yang memerlukan untuk mereka berbuka puasa.

Pada hari kelima program itu dijalankan iaitu pada 20 Mac lalu, sebanyak 291.65 kilogram lebihan makanan telah diselamatkan menerusi insiatif itu dan ini menjadikan setakat hari tersebut, jumlah terkumpul makanan yang diselamatkan sepanjang program adalah 1,975.83 kilogram.

image is not available

Dalam masa yang sama, pihak MBSA juga menasihatkan peniaga-peniaga bazar ramadan agar merancang jumlah makanan yang ingin dijual sekali gus dapat mengurangkan pembaziran.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.