
PUTATAN: Warisan harus diberi peluang pada pilihanraya umum (PRU15) ini kerana hanya parti itu saja yang berjuang menuntut hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Calon Warisan Parlimen Putatan, Ahmad Mohd Said berkata, berbanding parti lain, Warisan sebelum ini sudah buktikan hak Sabah mampu dikembalikan walaupun memegang tampuk kerajaan negeri dalam tempoh singkat.
Menurutnya, umum mengetahui 17 daripada 21 perkara terkandung dalam MA63 telah berjaya dikembalikan sekaligus menjadi legasi Warisan yang kini dapat dinikmati semua rakyat Sabah.
