
Kota Kinabalu: Wira Warisan dengan tegas menolak budaya politik ekstrem yang semakin menular di Sabah, kata Naib Ketuanya Khairuddin Daud.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Sabah Fekirie Gobert yang menghina Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai ‘gila’.
“Penghinaan Fekirie ini tidak boleh diterima dan keterlaluan,” kata Khairuddin dalam kenyataan, di sini, Rabu.
Kontroversi itu timbul susulan ucapan Shafie semasa dalam siri Jelajah DSSA di Tawau, yang dikatakan menolak parti nasional.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Bagaimanapun, Khairuddin berkata Presiden Warisan itu sama sekali tidak menyentuh PKR atau Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya.
“Malah, selepas PRU14, ketika Umno dan GPS belum menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, Warisan adalah parti pertama yang menyokong beliau untuk jawatan tersebut.
“Ini jelas menunjukkan pendirian konsisten Warisan dalam menolak Perikatan Nasional.
Adakah menyokong Presiden PKR untuk menjadi Perdana Menteri ketika beliau tidak mempunyai majoriti dianggap ‘gila’?
“Fekirie juga menuduh Shafie gagal menyelesaikan masalah infrastruktur air, elektrik, dan jalan raya di Sabah semasa beliau berada dalam kabinet Persekutuan.
“Tuduhan ini menunjukkan kejahilan Fekirie terhadap isu sebenar yang dihadapi rakyat Sabah.
“Masalah infrastruktur air adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri, dan sejarah menunjukkan terdapat penyelewengan dana bernilai ratusan juta ringgit dalam isu ini.
Malah, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sendiri mengakui masalah ini adalah ‘warisan’ daripada kerajaan Barisan Nasional pimpinan Musa Aman, yang mana Hajiji juga merupakan sebahagian daripadanya.
“Tidakkah ini yang lebih wajar disebut ‘gila’?
Khairuddin berkata, sebagai seorang pemimpin politik, Fekirie sepatutnya lebih arif mengenai peruntukan kementerian Persekutuan yang diagihkan kepada 14 negeri di seluruh Malaysia, termasuk wilayah persekutuan.
“Sayangnya, beliau (Fekirie) hanya pandai membuat tuduhan melulu tanpa kajian yang tepat.
“Lebih buruk lagi, tuduhan ‘kudeta’ yang dilemparkan kepada Warisan hanya memalukan Pakatan Harapan (PH) sendiri.
Tindakan Barisan Nasional menarik sokongan terhadap GRS tiada kaitan langsung dengan Warisan, yang pada ketika itu berada di blok pembangkang bersama PH.
“Jadi, mengapa Warisan dituduh terlibat dalam ‘kudeta’, sedangkan Barisan Nasional yang menarik sokongan, dan PH serta PKR yang mendapat manfaat daripada ‘kudeta’ tersebut,” katanya.
Khairuddin berkata, Siri Jelajah Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA) di seluruh Sabah bertujuan untuk menjelaskan hak-hak Sabah yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, serta menjawab persoalan rakyat berhubung hak-hak ini yang sepatutnya sudah lama ditunaikan.
“Namun, sangat mengecewakan apabila pemimpin yang memperjuangkan hak Sabah dilabel sebagai ‘gila’, manakala segelintir pemimpin muda Sabah yang mempertahankan parti Malaya di negeri ini pula disanjung tinggi.
“Keputusan Warisan untuk bertanding di Semenanjung menguji sikap sebenar pemimpin Sabah. Warisan dilabel ‘pengacau’ oleh parti-parti Malaya, termasuk PH, apabila cuba berkongsi 167 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia, tetapi apabila parti-parti nasional bertanding dan cuba kongsi hanya 25 kerusi parlimen di Sabah, mereka tidak dianggap ‘pengacau’.
“Bukankah ini lebih hipokrit dan wajar dipanggil ‘gila’ apabila pemimpin Sabah sendiri rela menyerahkan kerusi Parlimen dan DUN kepada parti-parti berpusat di Semenanjung, berbanding mempertahankan kerusi tersebut untuk parti dari Sabah, seperti yang dilakukan di Sarawak?
“Sebagai pemimpin muda, saya menasihatkan Fekirie supaya tidak terikut-ikut dengan budaya politik ekstrem yang dibawa oleh segelintir pemimpin Malaya di Sabah. “Berpolitiklah secara matang dan berpada-pada dalam membuat kenyataan, agar tidak merugikan rakyat Sabah sendiri,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
