
LAHAD DATU: Parti Warisan (Warisan) yakin akan dapat mempertahankan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Lahad Datu, yang dimenanginya sebelum ini.
Timbalan Ketua Bahagian Warisan Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Apdal berkata, Warisan mempunyai keyakinan untuk mempertahankan empat kerusi ini dengan lebih baik.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Katanya, Warisan merupakan sebuah parti yang sentiasa konsisten dalam perjuangannya.
“Kita bukan satu parti politik yang bertukar-tukar. Kaedah kita meyakinkan rakyat untuk memberi kita peluang memerintah negeri ini, sebab semangat kita dari dulu sampai sekarang, keutamaan kita ialah kembalikan hak kepada negeri Sabah terutama yang termaktub dalam MA63.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Walaupun kita pembangkang, kita masih berjuang. Kita menjelaskan kepada rakyat Sabah dan kerajaan Malaysia tentang apa sebenarnya yang kita mahu orang Sabah faham dan tahu. Itu perjuangan kita.
“Kami amat konsisten,” katanya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Yusof berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pasar Malam Hakka sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2025.
Yusof, yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu, berkata Warisan bukan macam parti politik lain yang hanya mengambil peluang untuk memerintah.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Katanya, Warisan sentiasa melaksanakan yang terbaik untuk Sabah dan rakyat Malaysia.
Terdahulu, Yusof melahirkan rasa gembira dengan perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang bangsa dan agama yang ditonjolkan melalui Pesta Pasar Malam Tahun Baharu Cina ini.
“Perbezaan agama, bangsa dan budaya tidak menghalang untuk kita mewujudkan suasana yang harmoni.
“Pesta Pasar Malam ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim dan perpaduan, tetapi juga memberi peluang serta manfaat dari sudut ekonomi,” katanya.


