Warna-Warna Kehidupan Aman Masyarakat dan Perniagaan di Desa Pinggiran Putra: Kehijauan Alam Semula Jadi #CutiCutiLocal

Environment
13 Nov 2023 • 9:30 AM MYT
Zulkifly Baharom
Zulkifly Baharom

An HR practitioner, Sejahtera Leadership Coach & Gusi Peace Prize Laureate.

Image from: Warna-Warna Kehidupan Aman Masyarakat dan Perniagaan di Desa Pinggiran Putra: Kehijauan Alam Semula Jadi #CutiCutiLocal
Dr. Zul menikmati masak lemak cili api salai itik dan ikan pari bakar serta sayuran tempatan serta dapat pula berkenalan dengan pegawai2 TUDM yang singgah makan tengahari. Foto: Zarina
Image from: Warna-Warna Kehidupan Aman Masyarakat dan Perniagaan di Desa Pinggiran Putra: Kehijauan Alam Semula Jadi #CutiCutiLocal
Bukan sekadar menikmati hidangan makan tengahari sahaja dan bukti enaknya makanan yang disajikan, Dr. Zul juga tapau balik pelbagai lauk yang disukai oleh anak-anak & cucu-cucu yang tak dapat datang sekali. Foto: Zarina

Tahun depan, 2024 Wilayah Persekutuan yang menggandungi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan terbentuk pada tahun 1974 akan meraikan perayaan ulang tahun ke 50. Saya dan isteri, Zarina & keluarga telah bermastautin di Putrajaya sejak tahun 2003 dan sebelum itu tinggal selesa sejak 1990 di Kuarters Kerajaan Bukit Perseketuan, Kuala Lumpur.

Sebagai anak-anak kampong yang dilahirkan, bersekolah dan remaja di Perak sebelum berhijrah ke Bandaraya Kuala Lumpur, kami sentiasa teruja dengan persekitaran yang aman dan damai di kampong. Oleh itu, setiap kali kesempatan bercuti dalam negeri, kami akan menerokai kawasan yang dapat membangkitkan suasana kampong halaman kehijauan.

Cuti hujung minggu ini kami telah melancung ke Desa Pinggiran Putra terletak kira-kira 7 kilometer (km) dari pusat beli-belah Alamanda Putrajaya & 3 km dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan berada di pinggir Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Para penduduknya terdiri majoriti pesara dan penjawat awam bekerja di Putrajaya. Uniknya desa ini beralamat di Kajang, Selangor, namun ia berada di bawah seliaan Majlis Perbandaran Sepang dan keselamatanya di pantau oleh pihak Ibu Pejabat Polis Sepang.

Kami mendengar melodi dan melihat burung2 beterbangan menjadikan desa ini sebagai kampong halaman mereka. Udara bersih tanpa debu menyerlahkan keharuman bunga-bungaan dan aroma alam kehijauan alam semula jadi. Kawasan sekelilingnya benar-benar bersih, terjaga yang kesannya menyejukkan & mesra pada mata dan semua deria kami.

Suasana perniagaan di desa ini teratur dan aktif tetapi tidak bersesak-sesak saperti di bandaraya yang sentiasa sebuk. Perniaga juga melayan para pelanggan dengan bersopan.

Terdapat banyak restoran yang mengsajikan pelbagai hidangan traditional dari negeri-negeri yang menggeliling Desa Pinggiran Putra. Sebagai peminat masakan lauk salai lemak beresepi dari Negeri Sembilan, kami telah memilih untuk menjamu selera di Seri Menanti House of Salai. Tempat yang luas, makanan sedap menyelerakan dan harganya sangat berpatutan. Masak lemak cili api salai ayam, daging, itik, perut, ikan keli, telur itik, nangka, rebung dan pisang muda. Bertambah seri dengan alunan nyanyian dari seorang pemuzik.


Image from: Warna-Warna Kehidupan Aman Masyarakat dan Perniagaan di Desa Pinggiran Putra: Kehijauan Alam Semula Jadi #CutiCutiLocal

Hantar artikel/video berkaitan #CutiCutiLocal dan berpeluang menangi hadiah sehingga RM10,000! Ketahui lebih lanjut di sini.


Zulkifly Baharom adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.