Wartawan Diserang Di Bangsar, Suspek Ditahan Pada Jam 2 Pagi Di Cheras

LocalPolitics
26 Nov 2025 • 12:28 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam serangan ke atas seorang wartawan di Bangsar semalam. 

Menurut laporan Harian Metro, tangkapan dibuat di sebuah flat di Cheras pada jam 2 pagi menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook.

Suspek dibenarkan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian.

Siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti motif.

Wartawan senior diserang dua individu

image is not available

Semalam, media melaporkan yang wartawan senior dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol diserang ketika ingin masuk ke dalam keretanya di Bangsar.

Haresh berkata beliau diserang oleh dua individu, dan salah seorang merakam video kejadian tersebut. Berikutan itu, beliau telah tampil membuat laporan polis.

Motif serangan masih disiasat

image is not available

Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar di sebalik serangan berani tersebut. Reman tiga hari telah diberikan untuk membantu siasatan.

Pssttt! Sentiasalah berhati-hati tak kisah di mana pun kita berada. Perkara yang bahaya, kita dapat jangka bila ia akan datang.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Wartawan Diserang Di Bangsar, Suspek Ditahan Pada Jam 2 Pagi Di Cheras appeared first on Oh! Media.