Lima calon SPM terkandas banjir sempat duduki peperiksaan selepas diselamatkan bomba

26 Nov 2025 • 11:06 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Semua calon SPM terbabit berjaya tiba di Sekolah Menengah Agama Shukriah Bukit Sireh, Kuala Krai sebelum peperiksaan bermula jam 8 pagi. Foto: JBPM
image is not available
Lima calon SPM yang terkandas dalam banjir di Kampung Bedal, Kuala Krai berjaya diselamatkan oleh anggota JBPM pada Rabu. Foto: JBPM

KUALA KRAI - Lima calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkandas dalam banjir di Kampung Bedal di sini selamat menduduki peperiksaaan selepas diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Krai pada Rabu.

Mereka tiba di Sekolah Menengah Agama Shukriah Bukit Sireh di sini sebelum peperiksaan bermula jam 8 pagi.

**media[3352356]**

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penguasa Bomba Kanan Nik Afsham Nik Pa berkata, lima pelajar ini dikatakan antara yang tertinggal apabila jalan utama di Kampung Bedal dinaiki air sekitar 0.7 meter ekoran hujan lebat beterusan sejak malam tadi.

"Saya dimaklumkan ramai calon SPM yang terkandas dan telah selamat ke pusat peperiksaan lebih awal. Lima calon ini antara yang tidak sempat kerana paras air naik cepat," katanya.

Menurut beliau, mereka dibawa menaiki trak dan dibantu oleh lima anggota bomba bertugas.