Wartawan Israel Dakwa Netizen Malaysia ‘Koyak’ Selepas Insiden Culik Warga Palestin

22 Oct 2022 • 4:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lalu, Malaysia digemparkan dengan berita melibatkan operasi perisikan Mossad yang dipercayai menjalin kerjasama dengan beberapa individu warga tempatan.

Dalam operasi tersebut, sekumpulan warga tempatan telah menculik seorang warga Palestin yang menetap di negara ini dan dikatakan mempunyai hubungan dengan organisasi pejuang kebebasan Hamas dan bersenjatanya, Izz ad-Din al- Briged Qassam.

Wartawan Israel dakwa netizen Malaysia ‘koyak’

Terbaharu, seorang wartawan Israel mendakwa rakyat Malaysia gentar dan takut selepas mendapat tahu wujudnya pengkhianat dalam kalangan mereka yang bekerjasama dengan Mossad.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Hananya Naftali menulis mengenai insiden penculikan warga Palestin tersebut dan mendakwa ‘koyak army’ kini sedang dalam ketakutan.

Berita hangat di Malaysia: Rangkaian Mossad di negara ini merupakan sebahagian daripada perang global menentang Hamas dan ahli Jihad Islam.

Tentera Koyak’ dalam ketakutan,” tulis warga Israel ini.

Hot news in Malaysia: A Mossad network is in the country as part of a global war against Hamas and Islamic Jihad members.The 'Koyak army' is trembling.

Posted by Hananya Naftali on Tuesday, October 18, 2022

Untuk rekod, ini bukanlah hantaran pertama Naftali berkenaan Malaysia. Sebelum ini, dia pernah diserang menerusi alam maya oleh warganet Malaysia selain diperli ‘koyak’.

Tentera bawang banjiri ruangan komen

Tiada apa yang terlepas daripada pandangan ‘tentera bawang’ Malaysia. Hantaran Naftali itu ternyata menarik perhatian ramai warganet yang rata-ratanya membalas kenyataan yang mendakwa mereka sedang dalam ketakutan.

Hasil tinjauan mendapati ruangan komen hantaran Naftali itu sudahpun dibanjiri oleh warganet Malaysia yang mengatakan mereka tidak gentar kepada ancaman itu.

image is not available

image is not available

Selain itu, ada juga beberapa warganet Malaysia yang meluahkan rasa terhibur apabila individu yang dikatakan menjalin hubungan dengan Mossad berjaya diberkas oleh pihak berkuasa dalam tempoh 24 jam.

image is not available

Ada juga yang berterima kasih kepada pihak berkuasa kerana pantas dalan membuat tindakan, selain berharap agar Naftali tidak ‘koyak’ dengan komen rakyat Malaysia.

Jadi, siapa yang koyak sebenarnya?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.