Wartawan Palestin maut dalam serangan Israel ke atas khemah media Gaza

6 Jun 2025 • 6:22 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

ANKARA, 6 JUN: Seorang wartawan foto Palestin menjadi mangsa terbaharu serangan udara Israel ke atas khemah media di Hospital Al-Ahli Baptist, Gaza, pada Khamis, menjadikan angka pengamal media yang terbunuh dalam insiden itu meningkat kepada empat, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Sumber perubatan pada Jumaat memaklumkan bahawa wartawan foto Ahmad Qalja meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami selepas serangan dron membunuh tiga wartawan lain dan mencederakan empat lagi.

Pejabat Media Kerajaan di Gaza mengesahkan bahawa dengan kematian Qalja, jumlah wartawan Palestin yang terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Okt 2023, kini mencecah 226.

Angka itu termasuk 30 wartawan wanita dan seorang wartawan dari Tebing Barat yang diduduki.

Serangan itu berlaku sehari selepas Amerika Syarikat memveto draf resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menggesa “gencatan senjata segera, tanpa syarat dan berkekalan” di Semenanjung Gaza.

– BERNAMA-ANADOLU

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved