Wartawan Senior Sukan Diserang Di Bangsar, GERAMM Gesa Tindakan Tegas

25 Nov 2025 • 8:11 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Wartawan senior dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol, diserang dua individu ketika ingin masuk ke dalam keretanya di Bangsar hari ini.

Wartawan senior sukan diserang dua lelaki

Haresh memaklumkan insiden itu menerusi akaun X miliknya, menyatakan salah seorang penyerang turut merakam video kejadian sebelum beliau tampil membuat laporan polis.

image is not available

GERAMM gesa tindakan tegas keatas penyerang wartawan senior

Gerakan Media Merdeka (GERAMM) mengecam sekeras-kerasnya serangan tersebut, menegaskan tindakan ganas dan cubaan mengintimidasi wartawan atas kapasiti profesional adalah perbuatan tidak bertamadun serta bertentangan dengan prinsip kebebasan media.

“Serangan fizikal terhadap seorang wartawan bukan sahaja mengancam keselamatan individu, tetapi juga menjejaskan hak orang awam untuk menerima maklumat tepat serta bebas tekanan. GERAMM menggesa pihak polis untuk menyiasat insiden ini dengan segera dan telus, termasuk mengenal pasti motif dan individu yang terbabit,” katanya.

image is not available

Artikel lain: Dipercayai Bocorkan Maklumat Operasi, Lima Pegawai ATM Dan Wartawan Direman SPRM

GERAMM menegaskan bahawa pelaku perlu dikenakan tindakan tegas sebagai mesej jelas bahawa keganasan terhadap wartawan tidak boleh diterima dalam apa jua bentuk.

“Memastikan keselamatan petugas media ketika melaporkan isu-isu berkepentingan awam. GERAMM juga menyeru semua pihak, termasuk pemimpin politik dan masyarakat umum, untuk menghormati peranan wartawan sebagai penyampai maklumat dan bukannya menjadikan mereka sasaran ancaman atau serangan,” kata kenyataan itu.

image is not available

Sumber: X Haresh Deol, Facebook Gerakan Media Merdeka (GERAMM)

The post Wartawan Senior Sukan Diserang Di Bangsar, GERAMM Gesa Tindakan Tegas appeared first on Borak Daily.

View Original Article